Monday, March 25, 2013

:: Realiti Sebuah Kehidupan ::

adakalanya kita terfikir kenapa kita sering diduga..
itu kerana Tuhan amat menyayangi kita
Dia mendatangkan dugaan agar suatu hari kita sedar
dan juga menghargai betapa bermaknanya sesuatu/seseorg yang kita miliki

dalam bercinta pasti ada yang akan terluka..
itu adalah sinonim nya.
seharusnya kita tahu setiap yang kita miliki takkan selamanya menjadi milik kita
begitu juga perasaan yang kita ada..
mungkin hari ini kita ketawa
siapa tahu esok kita akan terluka..
ironik kan sebuah kehidupan

namun langit xkan selamanya mendung
satu saat bahagia itu akan hadir
mgkin juga seketika tapi itu sudah cukup kan?
seharusnya bersyukur kerana melalui sebuah kehidupan yang penuh simpang siur
berliku-liku..beronak duri
menjadikan kita seorang yang tabah.mungkin pada pandangan masyarakat
kita lemah..
tapi jangan disangka insan yang sering menangis itu lemah
tangisnya adalah sebuah luahan rasa yang x mampu diungkap melalui sebuah kata-kata
hanya yang mengalami saja akan mengerti

senyum..jangan disangka yang senyum itu bahagia
mgkin beban dihati lebih berat dari yang kita sangka..
dan yang bahagia..jangan pula terleka
mungkin ianya pinjaman sementara..
suatu saat akan dikembalikan juga..
jd sentiasalah menghargai apa pun yang kita ada
mgkin hari ini masih mampu membahagiakan dan menggembirakan
siapa tahu esok duka yang bakal menjelma

#syukur :)






**p/s :: bahagia itu berlalu bila kamu tidak saling memahami.. cinta itu sememangnya mudah. tetapi bukan mudah menjaga hati insan yang disayangi.. dalam bercinta kenalah 'give and take' but andai hanya satu pihak yang berusaha utk menjaga..hubungan itu tidak akan kemana.. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.