Thursday, February 25, 2016

:: Biarkan Luka Berlalu :: (Part 16)

"Zara!!"

Izara tersentak dari lamunannya lalu menoleh kearah suara itu.
Senyum nipis terukir dari bibirnya.
Sambil membetulkan duduknya, Izara memandang jauh ke arah tengah laut.

"Awak tahu tak saya panggil awak dari tadi."kata Afiq.

Izara memandang Afiq yang duduk disebelahnya.
Sekejap saja sebelum pandangan matanya dialihkan ke arah ombak yang sedang memukul pantai.
Tiba-tiba saja air mata jatuh di pipinya.
Afiq mengerti apa yang mengganggu fikiran gadis itu.
Afiq sedar yang Izara tidak pernah melupakan apa yang telah terjadi.

"Zara, syhhhhh. Please stop crying. Awak sendiri tahu yang dia tak suka awak menangis. And you already promise that. Remember?" pujuk Afiq.

"Fiq, it's really hurt me when he ask me to forget him. Apa salah saya?" soal Izara.

Luluh hati Afiq melihat tangisan gadis itu.
Tangan Izara digapai lalu digenggamnya erat seolah-olah mahu gadis itu merasa sedikit tenang.

"Zara, mungkin dia melakukan ini semua untuk kebaikan awak."kata Afiq.

Izara menggelengkan kepalanya.
Puas sudah dia memikirkan kemungkinan Farieyl membuat keputusan itu, namun setiap kali memikirkan kemungkinan itu air mata Izara akan mengalir jua.

"3 tahun saya cuba lupakan dia. Saya tak mampu, Fiq. He's always there. Hati saya sakit!" luah Izara.

Afiq merenung wajah gadis di hadapannya..

'Kalau lah awak faham apa yang saya rasa Zara.'

Kata-kata itu cuma mampu di ucap dalam hati Afiq saja.
Dia tidak pernah memiliki keberanian untuk mengungkapkan rasa yang dia ada untuk Izara.

"Fiq, salah kah saya bila saya terlalu menyayangi Farieyl? Salah kah saya bila dia yang ada dalam hati saya?" Tanya Izara.

Afiq mengeluh sebelum menjawap pertanyaan Izara itu.

"Perasaan cinta,sayang dan rindu tu tidak pernah salah Zara. It's normal. Tapi ada ketika kita perlu bersedia sebab tidak semua apa yang kita rasa akan kekal. Bahkan memang tidak ada yang kekal di dunia. Awak pun tahu semua itu kan?"

Afiq senyum memandang gadis di sebelahnya.
Izara diam.

"Zara, saya faham sakit yang awak rasa bila awak terpaksa melupakan orang yang awak sayang.Tapi awak kena percaya dengan jalan yang telah di tentukan olehNYA. Sekarang mungkin awak tidak nampak hikmah di sebalik semua yang terjadi. But satu hari nanti awak akan mengerti."

Izara memandang Afiq seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke arah laut biru di hadapan mereka.

********** BERSAMBUNG *********

#Penantian itu menyakitkan.